Monday, November 30, 2009

Taklimat Percuma untuk aku

Baru sekejap aku buka internet kat rumah so aku nengok irfan khairi ada antar satu iklan kan aku :



Hadirkan diri pada taklimat ringkas secara PERCUMA pada hari JUMAAT 4hb Disember 2009. Ikhlas semoga ia dapat memberi rangsangan, inspirasi dan pengalaman baru kepada saudara / saudari. Seperti petikan daripada kata-kata Albert Camus, "Kamu tidak boleh mencipta pengalaman, kamu mesti menghadapinya".

Tajuk: Kenapa Usahawan GAGAL Mencapai Impian Mereka?
Tarikh & Waktu: Jumaat, 4hb Disember, 8.00 malam.
Tempat: Grand Blue Wave, Johor Bharu
Kelolaan: Peoplepreneur Community
Speaker Jemputan: Irfan Khairi
Masuk: PERCUMA (tetapi mesti daftar di bawah)

Untuk tempahan tempat duduk seminar PERCUMA ini, anda boleh mengubungi (Siti Azlina) melalui sms , dan ke 017 - 3935364 atau di talian pejabat 03-22871829. Tempat adalah terhad dan penyertaan hanya melalui tempahan tempat duduk sahaja.


Aku mesti pergi. Yelah selama ini aku asik tangguh saja program aku kerana nak uruskan adik aku ni. Aku mesti pergi.

Monday, November 16, 2009

Langkah pertama ku

Hari ini seperti biasa aku hantar adik aku pergi kerja. Selepas tu aku pergi ke bandar baru uda untuk buat name card Chili Careanthing Ent . Selepas selesai aku balik office aku kat sekolah. Dalam pukul 2.30 kedai telefon card aku dah siap. Aku kemas-kemas aku ambil card terus aku balik. Balik rumah aku uruskan buku tunai bisness aku untuk record wang masuk dan keluar. then aku buat baucer, invois dan dokumen bisness aku.

Sunday, November 15, 2009

Perasaanku

Bukan aku tiada perasaan tapi jika aku pun ikut jejak dia aku juga kerugian jika aku berhenti sekarang. Aku perlu perniagaan yang kukuh seperti sebuah mesin yang mencetak duit yang banyak. Tapi apakah bendenya tu. Pertama aku mempunyai tanah digersik , Muar (1 ekar) dan tanah parit jawa(muar) setengah ekar. Tanah tu boleh ditanam sayur-sayuran dan buah-buhan dan baja tiada kos jika pandai buat sendiri baja organiknya. Pasaran. Marketnya kita boleh jual pada pemborong atau kita jual di kedai-kedai runcit, pasar atau pasar tani dengan harga perkongsian komisen. Itulah mesin duitnya. Selepas perniagaan makanan seperti makanan segera. Seperti cookies dan roti. Dan perniagaan terakhir restaurant nasi lemak aku. Selepas itu aku boleh berhenti dengan senang hati. Itu janji aku. Aku tak nak bergantung makan gaji buat selama-lamanya.
Aku sebagai anak sulung aku pikul tanggungjawab yang besar.

Saturday, November 14, 2009

berhenti kerja keputusan adik aku

Selepas 2 bulan lebih bekerja di City bank di City Square, adik aku mengambil keputusan berhenti terus. Itulah keputusannya. Dia menangis masa aku ambil dia untuk balik kampung. Katanya boss tak bagi sembahyang, rehat sekejap dan ada je yang tak kena. Aku hanya cakap nak berenti teruskan je. Mungkin berhenti lebih baik. Tapi pendapat mak aku ada betul juga. Mana-mana tempat kerja ada ja masalah. Misalnya kerja aku. Tapi lepas ni jangan lah pula boring pula duduk kat rumah . Nak ikut aku punya kerja lagilah gila. pertama hari-hari kena jumpa orang yang cuba jatuhkan kita secara terang-terang. Kedua orang atas hingga lah sama level dengan banyak buat sabotas kerja aku. yang ketiga orang memang tak suka aku. itu je. kalau nak tambah keempat aku pun tak suka sangat kerja aku ni. Aku buat muka tak tahu malu, dan kalau tak tahan aku keluar je. Skarang tengah buat plan bisness. Buat persediaan jika apa-apa terjadi.

Tumpuan Fokus 200%

20hb ini aku fokus 200% matlamat aku:

1. Buat bisness sandwich.
2. Belajar membuat kuih,roti, mee dan sebagainya berasaskan makanan dan juga kursus tingkatkan diri sendiri.
3.Pasarkan sekitar BBU dan sekitarnya.
4.Sambung belajar di OUM
5.Tingkatkan pemahaman,penulisan dan percakapan dalam bahasa english
6.Hanya membaca majalah bahasa english dan bukan newspaper.
7.Sentiasa atau setiap hari membaca buku motivasi untuk mengekal momentum matlamat.
8.Perniagaan sandwich dan makanan berjaya buka kebun di gersik.
9.Tumpu penanaman secara berteknologi siraman automatik.
10.Tumpu marketing sayur-sayur dan buah-buahan.
11.Tingkatkan pengetahuan agama
12.Pengting jangan tinggalkan solat
13.Mempunyai peguam menguruskan hal ehwal peribadi dan perniagaan.

Thursday, November 5, 2009

Kerajaanku "Yahzah Republic" akan bangkit

Banyak benar cabaran untuk aku mengangkat mengembang pengaruh Yahzah Republic. Akan ku usahakan satu persatu biar pun merangkak adalah lebih baik daripada berenti selama-lamanya. Dan kerajaan ini aku pastikan terus maju kehadapan. Tunggulah satu hari nanti....

Chili Careanthing Enterprise-sayur-sayuran dan makan siap diproses

Yahzah Studio Enterprise-Menerbit bahan-bahan ilmiah

Wednesday, November 4, 2009

Itulah dinamanya manusia.

Hari ni aku pergi kerja seperti biasalah. Macam hari-hari yang lain aku beli newspaper untuk perpustakaaan.Setiba kat sekolah macam-macam pula aku dengar cerita. Dari cerita renjetan kes aku gaduh dengan penyelia asrama. Macam biasa apa yang dikatakan oleh arwah mak saudara aku pengetua memang jenis depan cakap lain belakang cakap lain. Pengetua ni boleh cakap dengan kerani perempuan aku, yang dia malu sesangat bila hadiri kursus hari tu sebab tiada seorang pun pengetua sekolah lain datang. Ye ke? mana ada. Aku tidur satu apartment dengan pengetua area tangkak. Nak menipu agak2lah. Sebelah aku masa aku breakfast pengetua juga. Hai cakap entah apa-apa entah. And then pengetua cakap banyaklah benda yang tak puas hati dengan aku. Lagilah aku tak layan. Biasalah kena jack dengan penyelia asrama. Bagi aku dia yang sakit jiwa tak puas hati dengan semua orang. Yang penting aku tak ambil pusing siapa dan apa yang kau kata mengenai aku didepan atau dibelakang. Tapi jangan sesekali hilangkan benda barang aku. Itu saja.
Older Posts